Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Pages

Tuesday, August 3, 2010

indahnya bangunan yang dibina Sebagai Ungkapan Cinta Kepada Seseorang

Seseorang yang dimabuk cinta akan melakukan apa saja buat pasangannya.Ini sebagai ungkapan rasa cintanya yang mendalam kepada sang kekasih. Begitu pula bila rasa cinta yang telah dipendam dan dipupuk tiba-tiba hilang untuk selamanya, yang tinggal hanyalah kenangan dan kesedihan yang mendalam. 
Seseorang yang mengalami hal ini berusaha menghidupkan kembali kenangan-kenangan indah dan cintanya kembali, seperti membangunkan sebuah rumah atau istana buat sang kekasih atau sang isteri.
Berikut ini adalah bangunan-bangunan yang dibina atas dasar ungkapan rasa cinta, kesedihan kerana patah hati, dan penyesalan.


Boldt Castle on Heart Island, New York

Castle ini dibina oleh seorang yang bernama George Boldt sebagai ungkapan rasa cintanya kepada sang isteri, Louise.Tepatnya pada hari Valentine 1905 George Boldt memberi isterinya lima hektar dan membangunan istana Boldt di sebuah pulau.
Satu tahun sebelum Boldt Castle akan selesai, Louise, umur 41, meninggal. Karena patah hati, George Boldt menghentikan pembangunannya dan tidak pernah kembali ke pulau tersebut.

Taj-Mahal di Agra, India

Taj Mahal ini dibina oleh Maharaja Shah Jahan, kepada mendiang isterinya Mumtaz Mahal. Saking cintanya sehingga saat kepergian isterinya dia merasa kehilangan cinta.
Akhirnya dia pun membangunan Taj Mahal ini yang mana sebenarnya bangunan ini adalah sebuah makam yang akan menjadi monumen yang paling megah yang pernah dibina oleh manusia bagi seorang wanita.

Swallow's Nest Castle: "Castle of Love" di Krimea, Ukraine



Awalnya istana ini bernama Castle of Love dan dibina tahun 1912. Belum diketahui siapa yang membina istana ini. Tapi dari berbagai cerita bahawa istana ini dahulunya berupa bangunan pondok kayu dan akhirnya dibina seperti sekarang ini. Castle ini sendiri diperuntukkan bagi pasangan yang ingin memadu kasih.

Dobroyd Castle di Todmorden, Inggeris

Castle ini dibina oleh John Fileden, anak seorang kaya kepada kekasihnya, Ruth Stansfield, seorang gadis Penenun tempatan.Kisahnya bermula apabila, John Fileden jatuh cinta kepada gadis tersebut dan melamarnya.
Namun sang gadis bersedia dinikahinya bila John berjanji dan bersedia membangunkan sebuah istana di atas bukit. Didalam bangunan ini banyak terukir initial nama mereka, Yohanes dan Ruth, JFR sebagai saksi cinta mereka.
Sepeninggal isterinya, John berkahwin lagi dan mengalami kelumpuhan, sehingga dia menghabiskan hidupnya diatas kerusi roda.


Kellie's Castle di Batu Gajah, Malaysia

Kellie's Castle adalah termasuk bangunan dan benteng yang tertua di malaysia dan dibina oleh William Kellie untuk isterinya Agnes Smith. Konstruksinya bermula pada tahun 1915, menggabungkan tiga gaya arsitektur - Greek-Rom, Moor, dan India.
Sebuah wabak flu Sepanyol membunuh sebahagian besar dari 70 pekerja bangunan India. Akhirnya Kellie Smith membina sebuah kuil Hindu di berhampiran benteng untuk menyenangkan orang India dan untuk memulakan kembali pembinaan.

Stratford Castle di Durban, Afrika Selatan

Stratford Benteng di Durban, Afrika Selatan, sekarang ditempatkan dalam Camelot Residensial dan Golf Estate. Kata-kata abadi: "Tapi cinta sejati adalah api yang tahan lama, fikiran dalam pernah terbakar; jangan pernah sakit, tidak pernah tua, tidak pernah mati; Dari sendiri tidak pernah berubah." Benteng ini dibina atas semangat kata-kata yang indah.

Mystery Castle di Phoenix, Arizona

Mystery Castle adalah sebuah istana yang dibina untuk seorang puteri. Kisahnya cukup menyedihkan. Boyce Gulley minggat dari rumahnya di Seattle kerana sakit hati selepas diagnosis menghidap TBC.
Dia menyelinap pergi dari isteri dan anak perempuannya kerana tidak mahu mereka melihatnya mati. Dengan wangnya yang ada, dia membeli sebuah tanah di kaki gunung. Dia kemudian menghabiskan 16 tahun untuk membina sebuah istana dengan tangan sementara menunggu mati.
Dia menggunakan bahan-bahan alami dan sisa artifak. Setelah Boyce meninggal, putrinya, Mary Lou Gulley, baru dapat mencari warisannya tersebut.

Coral Castle di Homestead, Florida

Pada awal tahun 1920-an, seorang lelaki bernama Ed Leedskalnin ditinggalkan oleh tunangannya sehari sebelum pernikahan mereka. Dia pun patah hati dan akhirnya untuk mengenang masa-masa indah dan cintanya kepada sang kekasih, dia membina sebuah istana karang.
Leedskalnin berjalan selama 28 tahun dan hanya melakukan pekerjaannya pada malam hari. Dia menyusun batu karang menjadi sebuah istana karang yang indah.

Winchester Mystery House di San Jose, California

Sarah Winchester, janda dari raja William Winchester, percaya bahawa hidupnya terancam dan bahawa ia dihantui oleh hantu dari orang-orang yang dibunuh oleh senjata Winchester.
Kerana perasaan itu ia pun membina sebuah rumah untuk melindunginya sehingga ia akan selamat dan mungkin hidup selama-lamanya, atau semasa rumah itu sedang dibina.

Prasat Phimai di Phimai Hin, Thailand

Legenda dari Pajitt dan Orapima bermula ketika seorang Raja yang ingin anaknya mencari seorang isteri. Akhirnya sang pangeran yang bernama Putera Pajitt pergi mencari calon isterinya ke pedesaan selama berbulan-bulan sampai dia melihat wanita hamil.
Karena tidak tidak boleh berkahwin dengan wanita tersebut kerana berstatus janda, maka dia pun mahukan berkahwin dengan anak dalam kandungan perempuan itu. Singkatnya anak tersebut lahir dan diberi nama Orapima.
Pada saat Orapima, berusia 16 mereka pun saling jatuh cinta tapi nampaknya sang Raja tidak bersetuju dengan pernikahan mereka. Orapima dan Pajitt melarikan diri ke hutan dan didalam hutan itu, sang Putera dibunuh seseorang yang menginginkan Orapima.
Singkatnya Orapima kerana patah hati ia membina sebuah tempat kudus, Prasat Hin Phimai. Prasat Hin Phimai dibina, disapu, dan dipahat pada bahagian dalamnya dengan adegan-adegan kehidupannya ketika bersama dengan Pajitt.
Dan akhirnya Orapima mencari seorang pemuda yang dianggapnya sebagai reinkarnasi Pajitt dan mereka hidup bahagia selamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails