Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Pages

Tuesday, August 3, 2010

Gadis Ponteng sekolah demi 'top up' RM10

RAJAWALI – Biarpun pelbagai usaha dilakukan pihak sekolah untuk membanteras gejala ponteng, namun ia dilihat tidak memberi kesan kepada segelintir pelajar yang masih melakukan perbuatan tersebut.

Lebih membimbangkan, ia bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki, malah pelajar perempuan turut melakukan perbuatan sama.

Apa yang mendukacitakan, remaja perempuan ini bukan setakat ponteng sekolah, namun bertindak lebih berani dengan mengikut teman lelaki sambil membonceng motosikal tanpa hala tuju.

Bertindak atas aduan penduduk, Sinar Harian membuat tinjauan ke beberapa lokasi di beberapa kampung :berdekatan yang dilaporkan sering menjadi tumpuan kaki ponteng. 



Penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Nasir berkata, laluan kampung berkenaan sering digunakan kaki ponteng untuk berpelesiran dengan membonceng motosikal bersama teman lelaki masing-masing sebelum menuju ke destinasi yang lebih selamat buat mereka.

“Kadang-kadang remaja perempuan yang ponteng sekolah ini membonceng motosikal tanpa memakai topi keledar dan menunggang motosikal dengan laju ala 'minah rempit'.

“Ketika membonceng motosikal, gadis remaja yang disyaki ponteng sekolah ini tidak segan memeluk teman lelaki mereka biarpun masih berpakaian seragam sekolah.” katanya.

Sementara itu, seorang remaja perempuan yang pernah ponteng sekolah dan mengikut teman lelakinya ketika berkongsi pengalamannya berkata, perbuatan tersebut dilakukan kerana mereka berasa bosan dengan persekitaran sekolah.

“Kami bukan buat apa-apa, cuma naik motor sahaja. Setiap kali jumpa teman lelaki, dapat 'top up' RM10 pun jadilah,” katanya yang juga pelajar Tingkatan Empat yang enggan identitinya disiarkan.

Satu sumber pula memberitahu, remaja terbabit adalah pelajar sekolah menengah berdekatan dan perbuatan tersebut sering dilakukan dipercayai berpunca daripada kurangnya pengawasan daripada pihak terbabit.

Sinar Harian sebelum ini pernah melaporkan pasangan remaja perempuan yang masih berpakaian sekolah dicekup Penguat kuasa Jabatan Agama ketika berada bersama teman lelaki di sebuah hotel dekat pekan lama Kuala Dungun.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails