Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Pages

Wednesday, September 1, 2010

raya dulu, kini dan selamanya....

Hari raya? memang suatu hari yang indah yang lazimnya sangat dinantikan oleh golongan yang tidak berpuasa.. mungkin jua kerana daya ketahanan diri yang kurang dan rayuan syaitan berbadan insan, mereka tidak mampu bertahan lebih lama di bulan ramadhan al-mubarak.. namun begitu, bukan semua orang menyambut hari raya dengan cara yang sama.. di sini dilampirkan sambutan hari raya aidilfitri mengikut usia..

usia 1-3 tahun 

tidak memahami maksud sebenar hari raya.. tapi sangat menghargainya kerana dapat membotakkan kepala ayah dan menebalkan buku hutang ibu dengan barang-barang bukan keperluan yang baru tanpa dimaki hamun atau usapan telapak tangan.. hairan dengan sikap saudara mara yang memberi wang saku tanpa diminta biarpun dengan air muka yang terpaksa.. si ibu tidak lagi menyediakan nasi menggunakan rice cooker sebaliknya membelah buluh untuk mendapatkan nasi yang bentuknya lebih kenyal dan lembik.. tertanya-tanya mengapa ibu tidak membelah buluh pada hari-hari yang lain.. bukankah cara itu lebih jimat berbanding membeli beras yang harganya jauh lebih mahal berbanding buluh yang hanya perlu ditanam atau mengambilnya di pokok jiran.. walau apa pun yang berlaku, hari raya adalah hari yang ceria berbanding hari-hari lain..

usia 4-10 tahun

kegirangan tidak dapat dihuraikan dengan kata-kata.. beg tangan lama ibu dan tempayan simpanan nenek sudah tersedia untuk dimuatkan dengan duit-duit raya yang bakal dikutip bermula jam 6 pagi hari raya.. tidak dapat tidur nyenyak pada malam sebelum raya mengenangkan baju melayu golok beserta sampin jawa dan songkok siam yang akan digayakan pada keesokan harinya.. bagi yang perempuan mungkin berbaju kurung litup

Menanti malam agung

MALAM Lailatul Qadar adalah malam penuh keistimewaan yang hanya berlaku pada Ramadan setiap tahun. Pada malam tersebut Allah menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, rahmat dan kesejahteraan khusus untuk umat Nabi Muhammad s.a.w.

Bagi umat Islam yang berpuasa dan berusaha mencari keistimewaan malam Lailatul Qadar dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran pada malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah malam Al-Qadar itu? Malam yang lebih baik daripada seribu bulan, turunnya malaikat dan roh (Malaikat Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan, malam itu penuh selamat sejahtera hingga terbit fajar.” (Surah Al-Qadar 1-5) Walaupun ayat ini diturunkan, namun Allah tidak menerangkan secara terperinci waktu kedatangan Lailatul Qadar. Umat Islam digalakkan supaya sentiasa memperbanyak amalan salih terutama pada sepuluh malam terakhir. Dijelaskan nilai keutamaan yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu apabila tibanya Lailatul Qadar. Mencari keistimewaan Lailatul Qadar mestilah bermula daripada awal pertama puasa sehinggalah ke malam sepuluh terakhir Ramadan.

Hal ini dijelaskan Rasulullah dalam sabda baginda: “(Iaitu) ada pada Ramadan, oleh itu, hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Disebabkan ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23 atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29 serta pada malam terakhirnya.” (Riwayat Ahmad) Dalam memberi pengertian Al-Qadar, ulama dan ahli tafsir mempunyai pendapat berbeza, antaranya ialah menurut Az-Zuhri, Al-Qadar bererti keagungan, kebesaran, kemuliaan atau kedudukan. Sementara menurut Sayyid Qutb dalam Tafsir Zilalil Quran bahawa Al-Qadar bererti takdir, ketentuan, ketetapan atau nilai.
Related Posts with Thumbnails