Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum ..saya tidak ada harta yang banyak untuk diberikan kepada kamu semua, tidak ada tenaga yang banyak untuk membantu urusan kamu semua, tidak ada ilmu yang cukup untuk memanfaatkan diri ini kepada kamu semua ...
Namun, saya ingin hadiahkan doa ini yang ditujukan untuk untuk kamu semua..ikhlas dari saya untuk kamu semua...tanda kasih, sayang, ukhuwah...hanya kerana ALLAH...InsyaALLAH, saya sentiasa mendoakan kamu semua..juga kerana ALLAH...doakan saya juga ya...InsyaALLAH...
jika sudi, silalah meng amin kan doa ini sama-sama yer... InsyaALLAH...
Doa Rabitah
" Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini..( suamiku,kedua ibu bapaku,kedua ibu bapa mertuaku, adik beradik ku, ipar duai ku, saudara -saudara ku, sahabat-sahabat ku, seluruh kaum muslimin dan muslimat yang berada di jalan MU, dan diri ku sendiri ...) :
- berkumpul kerana mengasihi-MU,
- bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
- bersatu memikul beban dakwah-Mu,
- hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
- maka eratkanlah ikatannya,
- kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
- tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalan MU yang sebenar,
- penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung padam,
- lapangkanlah hati-hatini dengan limpahan iman,
- dan keyakinan serta keindahan tawakal kepada -Mu,
- suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan -Mu yang hakiki,
- jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama- Mu.
Ya ALLAH, Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Janganlah , Ya ALLAH, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun pada kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih singkat daripada itu.
Ya ALLAH, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan Yang Maha Memperkenankan segala permintaan.
Restuilah Nabi kami, Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.Berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya..
Segala puji hanya bagi MU Ya ALLAH..Tuhan Pentadbir seluruh alam...
Amin..Amin..Amin.. Ya Rabbal Alamin..

No comments:
Post a Comment