Allah s.w.t. menegah perbuatan boros (al-Isra’ 26) seperti yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: Dan janganlah kamu boros terlalu boros.
Boros atau membazir menurut imam as- Syafii ialah mengeluarkan atau membelanjakan harta tidak kena pada tempatnya. Imam Malik pula berpendapat bahawa membazir ialah mendapatkan harta daripada sumber yang benar, yang diharuskan oleh Allah tetapi membelanjakannya tidak pada jalan yang diredai oleh Allah.
Mujahid pula berpendapat, biarpun seseorang itu menghabiskan hartanya tetapi untuk jalan yang benar, maka perbuatan itu tidak dianggap sebagai membazir. Sebaliknya, orang yang mengeluarkan hartanya, biarpun sedikit, bukan pada jalan yang diharuskan oleh syarak maka perbuatan itu diperkira sebagai membazir juga.
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat difahami bahawa amalan membazir itu tidak bergantung kepada banyak atau sedikitnya benda yang dibelanjakan, tetapi ke arah mana peruntukan itu dikeluarkan.
Orang yang membelanjakan sebahagian besar daripada hartanya, atau meskipun keseluruhan hartanya tetapi untuk jalan yang betul, yang diharuskan syarak, maka ia tidak diperkira sebagai membazir atau sia-sia.
Orang yang mengorbankan semua hartanya untuk membeli senjata demi untuk mempertahankan negaranya maka itu tidak termasuk dalam amalan membazir. Begitu juga mereka yang menghabiskan sebahagian daripada hartanya untuk menyekolahkan anak, membina bangunan untuk tempat kediaman atau mengeluarkan hartanya untuk membeli kereta bagi keperluan harian. Namun demikian, orang yang mengeluarkan sebahagian harta bendanya, biarpun untuk membeli bahan makanan yang sedikit, tetapi disedari makanan tersebut tidak diperlukan dan terbuang begitu sahaja, maka perbuatan itu termasuk dalam perbuatan membazir.
Orang yang menyedari wangnya jatuh, tetapi tidak mahu mengutipnya kerana dirasakan terlalu kecil, 10 sen atau 20 sen, maka tabiat seperti itu adalah ditegah kerana perbuatan tersebut termasuk dalam kategori amalan membazir dan ditegah.
Begitu juga dengan orang yang menyediakan makanan sama ada untuk hidangan harian, ketika berpuasa ataupun berhari raya. Makanan yang berlebihan, lebih daripada keperluan sehingga terbuang termasuk dalam perbuatan membazir dan ditegah.
Termasuk dalam larangan ini ialah mereka yang menyediakan makanan yang mungkin boleh habis dimakan, tetapi makanan yang diambil itu lebih daripada had yang diperlukan yang memudaratkan kesihatan diri.
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.” Demikian gambaran atau kedudukan orang yang membazir di sisi Allah (al-Isra’ 27). Tidak dikhususkan siapakah golongan manusia yang menjadi saudara syaitan, sama ada kaya atau miskin.
Biarpun mereka itu golongan kaya atau ternama tetapi membazir maka mereka diperkira sebagai saudara syaitan, termasuk mereka yang menyinari bangunan-bangunan besar dan menghiasi jalan raya dengan lampu warna-warni tanpa sebab yang jelas kenapa hal demikian perlu dilakukan.
Hal demikian berbeza sekiranya perlakuan sedemikian rupa mempunyai manfaat atau muslihat tertentu. Lebih buruk lagi sekiranya keindahan yang lahir daripada perbuatan membazir itu disalah gunakan secara terbuka dan berterusan oleh mereka yang melibatkan diri dengan perbuatan maksiat.
Allah menjelaskan bahawa orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. Begitu menakutkan gambaran kedudukan orang yang terlibat dengan pembaziran. Dan ini hakikatnya hanya diketahui atau difahami oleh mereka yang tahu hakikat syaitan.
Tanpa menyedari hakikat tersebut, orang yang terlibat menganggap larangan Allah itu seumpama tidak jelas dan tanpa berasas dan tidak boleh menakut-nakutkan seseorang. Ini kerana gambaran syaitan yang disebut oleh Allah itu pada pemikiran manusia biasa juga tidak jelas. Sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera mata atau dirasa oleh sentuhan tangan.
Allah menjadikan manusia itu daripada tanah liat kering daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Allah menjadikan jin itu sebelum daripada Adam, daripada api yang sangat panas (al-Hijri: 27). Disebut dalam surah ar-rahman: 16 bahawa Allah menjadikan jin itu daripada nyala api.
Menurut Imam Abbas, Akramah, Mujahid dan al-Hasan yang dimaksudkan dengan ‘‘nyala api’’ itu ialah hujung, nyala api, yang sangat panas, yang berubah menjadi hijau, bukan api yang masih merah. Kepanasan api hijau melebihi kepanasan api berwarna merah yang boleh menembusi besi.
Asal kejadian manusia adalah daripada tanah, tetapi keturunan Adam bukan daripada tanah, tetapi daripada air mani (benih) manusia, yang diturunkan secara turun-temurun. Menurut sebuah hadis daripada Othman, dari al-A’mash daripada Bakir al-Akhnas daripada Abdul Rahman daripada Abdullah bin Umru Ibn al-‘As ia berkata: Allah menjadikan anak cucu jin itu dua ribu tahun sebelum Adam.
Setelah sempurna kejadian Adam, Allah memerintahkan semua malaikat sujud menghormati kejadian ciptaan-Nya. Semua malaikat sujud kecuali iblis. Iblis enggan dan takbur, lalu Allah menghukumnya kafir (al- A;raf: 11-13). Ketika diperintahkan keluar dari syurga, iblis bersumpah di hadapan Allah yang dia akan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan.
Dalam surah al-A’raf: 13, Allah menjelaskan bahawa iblis tidak seharusnya takbur dan angkuh, biarpun ia dijadikan daripada api. Lantaran keangkuhan itu, iblis termasuk dalam golongan mereka yang hina lagi kecil.
Kemurkaan Allah terhadap iblis menyebabkan lahirnya permusuhan antara iblis dan manusia. Iblis merasakan kemurkaan tersebut berpunca daripada manusia, iaitu Adam. Bermula daripada itu, maka lahirlah permusuhan yang berlarutan sehingga kepada keturunan Adam di dunia ini.
Allah memberi peringatan kepada manusia agar berwaspada daripada tipu helah iblis dan syaitan. Dalam surah al-Patir:6, Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu, maka anggaplah ia musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni api yang menyala.
Begitulah gambaran ringkas yang pernah berlaku antara syaitan dan Nabi Adam. Hanya manusia yang sesat dan leka akan terpedaya dengan tipu helah iblis dan syaitan. Allah menjelaskan, seperti dalam surah al- Hijr: 42 yang bermaksud: Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka kecuali orang yang mengikuti kamu, iaitu orang yang sesat.
Orang yang membazir adalah saudara syaitan. Syaitan adalah termasuk dalam golongan jin, yang ingkarkan perintah Allah. Ketua segala syaitan itu adalah iblis. Dan iblis, menurut keterangan sejarah, seperti yang dijelaskan dalam al-Quran dan wajib diyakini, adalah musuh utama Nabi Adam yang pernah menggoda Nabi Adam termasuk Qabil dan Habil. Makhluk inilah yang sentiasa cuba menipu manusia. Termasuk dalam golongan ini ialah syaitan.
Kerana itu, orang yang memahami siapa syaitan tidak akan melakukan pembaziran dengan sengaja, kerana iblis dan syaitan itu bakal penghuni neraka. Orang yang membazir itu saudara penghuni neraka. Orang yang beriman tidak akan bersaudara atau bersahabat dengan bakal penghuni neraka.
sumber : mesra

No comments:
Post a Comment