Petang itu Luncai dan Jenin pergi ke warung untuk minum kopi dan makan pisang goreng panas. Kopi sampai, Luncai dan Jenin pun minum sedikit. ''Puihh!! Best betul air ni!''Kata Luncai sambil mengipas-ngipas lidahnya yang rasa macam nak terbakar.
''A'ahlah ... macam nak pecah bibir aku ni!''balas jenin selepas menghirup sedikit kopi tersebut untuk menguji tahap kepanasannya.
Jenin tiba-tiba seluk poket seluarnya dan mengambil dua biji Panadol, kemudian masukkan ke dalam kopi tadi. Luncai pun buat perkara yang sama. Kemudian mereka hirup air tu sedikit. Masih panas lagi. lalu mereka campakkan tiga biji Panadol lagi. Tuan punya warung pelik melihat gelagat Luncai dan Jenin, die terus menghampiri dua sahabat karib itu.
''Wahai Encik Luncai dan Jenin, sejak tadi saya tengok encik berdua asyik masukkan Panadol ke dalam kopi encik. Apa sebabnya?''Tanya si tuan punya warung.
Jawab Luncai,''Kopi ni panas sangatlah wak ... kami bagilah Panadol, kurang sikit panasnya.''

No comments:
Post a Comment