
Allah SWT berfirman , "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum).Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya." (Surah Al-Anfal,ayat 25)
Imam Jalalain dalam tafsirnya memberikan keterangan singkat :Takutlah kamu kepada sesuatu fitnah yang jika menimpa kamu bukan khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu, tetapi menimpa secara umum baik kepada yang berbuat zalim mahupun yang lain,dan mencegah fitnah tersebut adalah dengan menentang perbuatan orang-orang yang melakukan kemungkaran.Dan ketahuilah siksaan Allah sangat keras kepada orang-orang yang menyalahi perintahNya.
Dalam Tafsir Al-Wajiz dijelaskan bahawa dalam ayat tersebut,Allah SWT memerintahkan kepada orang-orang mukmin agar tidak membiarkan dan mengakui kemungkaran apa pun di tengah-tengah mereka.Jika tidak atau jika mereka membiarkankemungkaran itu,nescaya Allah akan menurunkan azab.


No comments:
Post a Comment