Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Pages

Friday, July 30, 2010

MENGHORMATI SYIAR ALLAH

Islam menghendaki supaya dihormati syiar Allah. Menghormati syiar Allah bermakna menghormati Allah Yang Maha Esa. Syiar Allah yang empat telah diperakukannya oleh Ulamak. Empat perkara itu ialah :-

1. Al-Quran Karim
2. Baitullah
3. Solat
4. Ulamak

Syiar Allah yang pertama:

1) AL-QURAN KARIM

Al-Quran Karim merupakan kalam Ilahi dan merupakan sebesar-besar mukjizat, hujjah atas segala hujjah, kebenaran dari segi ilmu, rahmat Allah yang terkandung di dalamnya, yang terpancar daripadanya berkat dan fadhilat dunia dan akhirat.

Pendek kata Al-Quran itu Kalimah Allah yang mencakupi segala macam ilmu, ada berita orang-orang yang dahulu, juga ada berita orang-orang kemudian, hukum hakam yang terjadi di antara kedua-duanya. Al-Quran kitab suci lagi mulia, Al-Quran sebagai perlembagaan orang-orang Islam.

Allah berfirman yang bermaksud :-

"Tidak menyentuh Al-Quran melainkan orang yang suci dari hadas kecil dan hadas besar."
Syiar Allah yang ke dua :

2) BAITULLAH

Baitullah merupakan markas terbesar agama dalam konteks hukum, bila manusia mengabdikan diri selaku hamba Allah, iaitu bila mengadap kiblat tatkala mendirikan sembahyang. Menghadap kiblat dalam sembahyang sebagai satu syarat sahnya sembahyang.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud :-

"Palingkanlah muka kamu ya Muhammad ke arah Masjidil Haram tempat letaknya Kaa’bah (Baitullah) dan di mana sahaja kamu berada hadaplah muka kamu ke arahnya."


Maka temasuklah di bawah menghormati Baitullah masjid, surau dan musolla.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 96 yang bermaksud :-

" Bahawa awal-awal rumah yang didirikan untuk manusia menghadap kepadanya iaitulah Baitullah yang di Mekah, penuh berkat dan memberi petunjuk bagi sekalian alam."


Syiar Allah yang ke tiga :

3) SEMBAHYANG

Sembahyang suatu cara mengabdikan diri kepada Allah, sebagai tanda kesyukuran atas segala nikmatNya serta mengagungkan kebesaranNya, tanda taat dan patuh kepadaNya. Selain dari sembahyang fardhu, banyak lagi sembahyang sunat yang menjadi saham-saham untuk orang-orang yang beriman dan bertakwa. Sesungguhnya sembahyang merupakan :-

1. Sebagai simbol Islam
2. Jalan dan cara mengukuhkan Iman
3. Menghidupkan makrifah dan tazkirah
4. Pengakuan sebagai hamba Allah
5. Menyedari diri sebagai insan seelok-elok kejadian

Apabila sembahyang didirikan terlaksanakan 3 perkara penting iaitu kebaikan akal, jiwa dan amalan.

Syiar Allah yang ke empat :

4) ULAMAK

Ulamak juga termasuk di bawah Syiar Allah, memandangkan pada ilmuNya yang dihidayahkan oleh Allah intuk muslihat manusia. Ulamak laksana lampu yang terang benderang yang menyuluh umat daripada kegelapan dan kejahilan.

Hadith Qudsi Allah berfirman yang bermaksud :-

"Sudahkah kamu bertanya kepada Ulamak tentang urusan agama dan dunia kamu."

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :-

" Bahawa Ulamak di kalangan umatku sebagai martabat ambiya’ (nabi-nabi) di kalangan umat Bani Israil,
orang yang menentang Ulamak hidupnya jauh dari rahmat."

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails