Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Pages

Saturday, July 31, 2010

Juara Imam Muda Musim Pertama




Tepat jam 10.25 malam tadi, saudara Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan telah dinobatkan menjadi juara Program Imam Muda musim pertama di Dewan Muktamar Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Program yang berjaya menarik perhatian ramai ini telah berlangsung selama 10 minggu bermula dari 28 Mei 2010. Sejak kemunculan rancangan ini di Astro Oasis, banyak ulasan telah dibuat oleh media. Tidak kira media dari dalam atau luar negara.

Program ini merupakan suatu program ilmiah yang telah diolah menjadi begitu unik sehinggakan ianya menjadi suatu fenomena baru dalam industri realiti TV di Malaysia.

Bermula dengan 10 orang peserta yang telah terpilih memasuki rancangan ini. Akhirnya hanya 2 orang sahaja yang layak ke peringkat akhir iaitu :

1. Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
2. Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
Sumber dari imranshamsir
Final Imam Muda mmg bagus ler....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails